Monday, June 14, 2010

CEKUR MANIS

Pokok cekur manis atau nama saintifiknya Sauropus Androgynus merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Terdapat bahagian pokok cekur manis yang boleh diambil untuk dijadikan makanan. Daun cekur manis sering diambil dan di peram / jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan. Ia juga dikenali sebagai mani cai (马尼菜) bahasa Cina, dan orang Vietnam memanggil sebagai rau ngót.
Pokok cekur terdiri daripada beberapa batang menegak yang mampu mencecah ketinggian 2.5 meter dan mempunyai daun bujur gelap sepanjang 5–6 cm.
Ia merupakan salah satu sayuran daun yang popular di Asia Selatan dan terkena kerana banyak didapati dan sedap. Pusuknya juga dimakan sebagai sayuran. Di Vietnam, ia dimasak sebagai sup bersama ketam, atau udang kering.
Cekur manis merupakan salah satu daripada beberapa tumbuhan yang memiliki vitamin K.



No comments:

Post a Comment